Syarat-syarat kemasukan ialah:-
- Ayah meninggal dunia dan ada surat kematian atau kedua-duanya.
- Anak lelaki berumur 10 dan 11 tahun.
- Tahap pelajaran baik dan memuaskan.
- Datang dari keluarga yang miskin.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
Proses-proses kemasukan
- Isi borang kemasukan dan sertakan sekali salinan surat kematian bapa, sijil beranak, buku laporan sekolah dan kad kesihatan (dari sekolah).
- Ibu/penjaga dan anak akan dipanggil untuk ditemu duga.
- Sekiranya terpilih, pihak pengurusan memberi surat tawaran kemasukan dan juga surat kepada guru besar sekolah asal. Sekolah akan menyediakan surat pertukaran untuk diberikan kepada ibu/penjaga.
- Surat pertukaran dari sekolah lama sebanyak 4 salinan perlu diberi kepada pihak kami untuk kami uruskan pertukaran dengan pihak Kementerian Pelajaran Wilayah Persekutuan.
- Setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran, pihak kami akan mengeluarkan surat untuk pendaftaran kemasukan ke asrama ini.
- Ibu/penjaga diminta membawa pakaian harian, keperluan harian (jika ada) dan uniform sekolah yang sedia ada.
- Tiada apa-apa bayaran kemasukan dikenakan.