Sumbangan

Sumbangan Tunai dan Cek

Aktiviti Penghayatan Ramadan

Amalan berikut akan terus dijalankan di sepanjang Bulan Ramadhan :-

  • Berbuka Puasa & Morey
  • Sahur
  • Kelas Al-Quran dan Tajwid
  • Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Setiap Hari Selepas Solat Sunat Terawih
  • Tadarus Al-Quran
  • Majlis Khatam Al-Quran

Oleh yang demikian, kami memerlukan sumbangan pada bulan Ramadhan ini bagi menampung perbelanjaan harian dan juga aktiviti anak-anak kami di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Bagi mereka yang ingin menempah khusus satu malam berbuka/ tarawikh dan bertahlil bersama- sama anak yatim kami bolehlah menempah dengan kos seperti berikut:-

  • Untuk berbuka dan jamuan 50 anak-anak yatim : RM 2,500.00
  • Setiap tetamu yang dijemput bersama : RM 38.00/ Sekepala

Insya Allah, pada bulan Ramadhan ini Bacaan Tahlil Arwah dan Doa Selamat khusus bagi mereka yang berhajat akan diadakan setiap hari selepas solat sunat terawih oleh anak-anak kita di Rumah Ilham, Yayasan Anak-Anak Yatim ini. Oleh itu jika Tuan berhajat mengadakan Tahlil Arwah dan Doa Selamat, bolehlah berbuat demikian secara memenuhi borang yang dilampirkan. Tuan boleh menyumbang seberapa ikhlas.

Derma Hari Raya Anak-Anak

Semoga anak-anak yatim kami ini dapat berhari raya seperti juga anak-anak lain, kami berharap mengumpul dana untuk membuat set baju raya seperti berikut :-

  • Baju Melayu: RM 100.00
  • Songkok: RM 15.00
  • Sampin: RM 60.00
  • Kasut Raya: RM 50.00

Jumlah Seorang Anak: RM 225.00 / Seorang
Jumlah Untuk 50 Anak-Anak: RM 11,250.00

Kos Persiapan Persekolahan

Kos Sekolah Menengah Kebangsaan

Kos Tuisyen

Kos Sekolah Rendah

Kos Sekolah Agama Rendah

Kos Perbelanjaan Tahunan

Kami juga perlu mengisi Tabung Yayasan Anak-Anak Yatim ini untuk tahun 2013. Kos pembiayaan anak-anak ini ialah sebanyak RM 30,000.00 sebulan ( RM 360,000.00 setahun ). Kos tersebut adalah untuk perkara-perkara berikut:-

  • Makan-minum harian
  • Wang saku harian
  • Perubatan dan hal-hal kebajikan
  • Kos persekolahan
  • Penyelenggaraan bangunan dan asrama
  • Utiliti seperti api, air dan telefon
  • Kos pengurusan

Sumbangan berbentuk cek berpalang atas nama ‘Yayasan Anak-Anak Yatim PTTDI’ boleh dikirimkan melalui pos atau memasukkan ke akaun Maybank ( Cawangan CPI Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur ) No. akaun 564801000065 atas nama yang sama.

Cheque

  Borang Sumbangan secara Tunai atau Cek

Semua sumbangan akan dikeluarkan resit pengecualian cukai pendapatan. Pengecualian ini telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri rujukan LHDN 01/34/42/51/179-6.4931 bertarikh 7 November 2000.