Sumbangan

Sumbangan

Assalamualaikum wrt. wbh. dan Salam Sejahtera

Anak-anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan bantuan dan belaian kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kesenangan dan kelapangan masa serta tenaga bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Ini adalah kerana anak-anak ini bukan sahaja kehilangan orang yang mereka sayangi tetapi juga tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada bagi kanak-kanak seusia mereka. Mereka perlu dibantu dari segi persekolahan dan pembelajaran, makan-minum, pengurusan dan sebagainya.

Ini adalah tanggungjawab kita semua. Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa dan amal kebaikan yang kita lakukan ini dan diberi ganjaran serta dijauhkan kita dari azab api neraka. Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Orang yang menjaga dan membantunya akan diberikan rahmat oleh Allah SWT. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberikan perhatian yang sewajarnya dengan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”.

Sumbangan dan derma ikhlas dari anda semua adalah sangat-sangat kami harapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sumbangan bolehlah diberi dengan mengisi borang derma serta nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman resit rasmi (pengecualian cukai pendapatan).

Semua sumbangan secara tunai kad kredit dan cek akan dikeluarkan resit pengecualian cukai pendapatan. Pengecualian ini telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri rujukan LHDN 01/34/42/51/179-6.4931 bertarikh 7 November 2000.