Sumbangan

Pengenalan

Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini dikenali sebagai Rumah Ilham ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Asrama yang hanya menempatkan anak-anak yatim lelaki sahaja sekarang ini mempunyai 50 orang anak-anak yatim dari seluruh Malaysia.

Yayasan ini bukan sahaja memberi penempatan kepada anak-anak yatim malah kami berusaha mendidik mereka dari segi akademik dan agama supaya menjadi insan yang bukan sahaja berjaya dalam kehidupan malah berguna kepada agama, bangsa dan Negara tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan adab budaya kesopanan serta berakhlak mulia.

Objektif

Memberikan perlindungan, bimbingan, pendidikan kepada anak-anak yatim.
Melahirkan generasi anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani.

Menjadikan generasi Muslim yang bukan sahaja berilmu dan beramal malah mengimplikasikannya kepada masyarakat umum.
Melahirkan generasi Muslim yang berketerampilan dan berkarisma dalam semua bidang yang diceburi.

Matlamat

Melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut sama ada mental, fizikal dan rohani.