Sumbangan

Kemasukan: Pengambilan Penghuni Baru

Syarat-syarat kemasukan ialah:-
  • Ayah meninggal dunia dan ada surat kematian atau kedua-duanya.
  • Anak lelaki berumur 10 dan 11 tahun.
  • Tahap pelajaran baik dan memuaskan.
  • Datang dari keluarga yang miskin.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
Proses-proses kemasukan

  1. Isi borang kemasukan dan sertakan sekali salinan surat kematian bapa, sijil beranak, buku laporan sekolah dan kad kesihatan (dari sekolah).
  2. Ibu/penjaga dan anak akan dipanggil untuk ditemu duga.
  3. Sekiranya terpilih, pihak pengurusan memberi surat tawaran kemasukan dan juga surat kepada guru besar sekolah asal. Sekolah akan menyediakan surat pertukaran untuk diberikan kepada ibu/penjaga.
  4. Surat pertukaran dari sekolah lama sebanyak 4 salinan perlu diberi kepada pihak kami untuk kami uruskan pertukaran dengan pihak Kementerian Pelajaran Wilayah Persekutuan.
  5. Setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran, pihak kami akan mengeluarkan surat untuk pendaftaran kemasukan ke asrama ini.
  6. Ibu/penjaga diminta membawa pakaian harian, keperluan harian (jika ada) dan uniform sekolah yang sedia ada.
  7. Tiada apa-apa bayaran kemasukan dikenakan.
Borang Kemasukan