Assalamualaikum
wrt. wbh.
dan Salam Sejahtera
Anak-anak
yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi
yang amat memerlukan bantuan dan belaian kasih sayang
serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat,
khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kesenangan
dan kelapangan masa serta tenaga bagi tujuan memdidik
dan mengasuh. Ini adalah kerana anak-anak ini bukan
sahaja kehilangan orang yang mereka sayangi tetapi
juga tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan-kemudahan
yang perlu ada bagi kanak-kanak seusia mereka. Mereka
perlu dibantu dari segi persekolahan dan pembelajaran,
makan-minum, pengurusan dan sebagainya.
Ini adalah tanggungjawab kita semua. Semoga Allah
SWT akan membalas segala jasa dan amal kebaikan yang
kita lakukan ini dan diberi ganjaran serta dijauhkan
kita dari azab api neraka. Firman Allah SWT di dalam
surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-
“Wahai
orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu
perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab
yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya
dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu.
Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
Islam
meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak
yatim. Orang yang menjaga dan membantunya akan diberikan
rahmat oleh Allah SWT. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab
memberikan perhatian yang sewajarnya dengan memberikan
belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka.
Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-
“Sebaik-baik
rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya
anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya
seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam
yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”
Sumbangan
dan derma ikhlas dari anda semua adalah sangat-sangat
kami harapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima
kasih.
Sumbangan
bolehlah diberi dengan mengisi borang derma serta
nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman
resit resmi (pengecualian cukai pendapatan)