Sumbangan

Aktiviti

Aktiviti Harian

  • 5.30 pagi – Bangun pagi
  • 6.00 pagi – Solat Subuh berjemaah di surau Yayasan. Kuliah agama selepas Solat Subuh pada hari Sabtu, Ahad dan hari Pelepasan Am
  • 6.45 pagi – Sarapan pagi
  • 7.00 pagi – Pergi ke sekolah
  • 1.30 t/hari – Balik dari sekolah,solat Zohor berjemaah dan makan tengahari
  • 2.30 petang – Sekolah agama, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
  • 5.00 petang – Solat Asar & minum petang
  • 5.30 petang – Riadah
  • 7.15 malam – Bersedia untuk Solat Maghrib berjemaah di surau Yayasan
  • 7.30 malam – Makan Malam
  • 8.30 malam – Solat Isyak Berjemaah
  • 9.00 malam – Tuisyen dan prep
  • 11.00 malam – Tidur

Aktiviti Tahunan

  1. Mempersembahkan nasyid pada sambutan hari-hari kebesaran islam di Masjid Al-Ghufran.
  2. Pertandingan Futsal atau bola sepak antara dorm dan juga antara rumah –rumah anak yatim berdekatan.
  3. Perjumpaan Hari Raya dan Rumah Terbuka Yayasan.
  4. Perjumpaan dengan Ibu /penjaga dan penyampaian hadiah cemerlang.
  5. Hari Keluarga Rumah Ilham (kakitangan dan anak-anak) yang biasanya diadakan di luar Kuala Lumpur.
  6. Meraikan hari anak yatim Malaysia pada setiap 10 Muharam seperti menganjurkan pertandingan sukan antara rumah-rumah anak yatim.
  7. Lawatan sambil belajar.
  8. Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam Quran yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan.
  9. Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong sempena Hari Raya Korban anjuran Masjid al-Ghufran.
  10. Menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid al-Ghufran.