Yayasan
Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di
bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan
asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan
pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama
anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30
orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama
yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga
80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak
sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan
kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan
yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar
lelaki sahaja.
Yayasan
ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi
juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan
disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan
ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang
pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada
masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji.
Dengan ini mereka boleh menjadi harapan bukan sahaja
keluarga bahkan pada agama, bangsa dan negara.
Objektif
Memberi
perlindungan, bimbingan, pendidikan kepada anak-anak
yatim.
Melahirkan
generasi anak-anak yatim yang seimbang antara tuntutan
rohani dan jasmani.
Menjadikan
generasi orang muslim yang bukan sahaja berilmu
dan beramal malah mengimplikasikannya kepada masyarakat
umum.
Menjadikan
mereka contoh serta harapan pada keluarga seterusnya
agama, bangsa dan negara.
Matlamat
Melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut samada rohani dan jasmani.